| Tarikh : 17/12/2024 Tempat : NADI Kg Pondok Chegar Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Jumlah : 120 org |
TUJUAN
Tujuan pembukaan kaunter Agri Komoditi Lembaga Getah Malaysia kepada komuniti adalah untuk memberikan pelbagai manfaat yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dan pembangunan sektor pertanian terutamanya bagi para petani dan komuniti yang terlibat dalam industri getah..
AKTIVITI
– Wakil dari Lembaga Getah Malaysia atau agensi berkaitan akan memberikan penerangan tentang objektif kaunter, perkhidmatan yang disediakan dan bagaimana komuniti dapat mengambil manfaat daripada inisiatif kerajaan dalam sektor getah dan pertanian.
– Kaunter ini menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk komuniti sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan mereka, terutamanya bagi petani yang bekerja keras di ladang.