Nama : AISHAH BINTI HASSIM
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
|
Puan Aishah Binti Hashim merupakan seorang usahawan dari No 22, Kg Batu 20, Mukim Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman. Beliau hanya belajar setakat sekolah menengah sahaja iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, 06700 Pendang Kedah. Walaupun seorang wanita yang bersahaja beliau sangat kreatif, berani dan berjiwa kental menyahut cabaran dalam apa jua bidang perniagaan. Pada mulanya, beliau hanya melakukan perniagaan secara kecil – kecilan dirumahnya dengan menghasilkan kuih tradisional, kemudian bertambah kepada kuih kuih raya seterusnya kuih yang dihasilkan dihantar ke kedai runcit dan pasaraya yang berdekatan. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
|
Sebelum menyertai PEDi Kg Pondok Chegar , Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan kurang memberangsangkan. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas PEDi Kg Pondok chegar, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari sekitar daerah Pendang dan sekitar Negeri Kedah amnya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau daripada melalui facebook dan beliau juga mempromosikan sendiri kepada sahabat dan sanak – saudara yang terdekat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 – RM5000 sebulan.