| Tarikh : 3/11/2024 Tempat : SMK Ayer Puteh Dalam Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari Jumlah : 80 org |
TUJUAN
Booth “Klik Dengan Bijak” memberi peluang untuk mendidik pelajar tentang kepentingan menggunakan internet dengan bijak. Ini termasuk mengelakkan penyebaran maklumat palsu, mengekalkan privasi dalam talian dan mengelakkan kandungan yang tidak sesuai.
AKTIVITI
– Booth ini membantu pelajar memahami isu-isu keselamatan siber, literasi digital, serta kepentingan menyebarkan maklumat yang sahih.
– Pusat Sebaran Maklumat Nasional memastikan pelajar menerima maklumat yang betul dan mengelakkan penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
– Pelajar didedahkan kepada kepentingan teknologi dalam kehidupan harian serta bagaimana mereka boleh memanfaatkannya secara positif.