mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan – Azlan Fariza Bin Mohamad

 Nama   :  AZLAN FARIZA BINTI MOHAMAD
Umur    :  40  Tahun
Ahli      :  2016
 


Latar belakang

 Dulu 2005, dia seorang ahli perniagaan yang menceburi bidang penjualan kereta baru dan kereta terpakai. Hampir 6 tahun berniaga, dia dilanda masalah kejatuhan akibat terlalu  percayakan seorang sahabat. Akhirnya perniagaan yang dibina atas keringat dan usaha gagal begitu saja. Dia hampir putus asa dan putus harapan dalam membina kejayaannya semula. Apa yang dilakukan selepas itu, semuanya tidak menjadi. Beliau pernah bekerja sebagai buruh kasar, penyelia dewan makan dan juga bekerja di Perodua Sdn.Bhd. Namun, nasib dan rezeki masih tidak menyebelahi walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi
 

Selepas itu, dia agak lama menyepi dan hanya menganggur sahaja hinggalah satu hari pada bulan penghujung bulan Mei 2016, dia datang ke PEDi Kg Pondok Chegar untuk menggunakan perkhidmatan fotostat dan penggunaan internet bagi mencari pekerjaan. Walaupun dia pernah mendaftar sebagai ahli PEDi suatu ketika dulu tetapi dia hanyalah seorang ahli yang tidak aktif. Dia tidak gemar dalam melayari internet terutamanya dalam social media facebook kerana baginya ia adalah membuang masa. Dalam masa yang sama, dia meminta pertolongan petugas bagi memperkenalkan laman web yang bersesuaian untuk dia mencari kerja dan maklumat yang diperlukan olehnya.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi

Berkat satu hari dia berusaha keras untuk mencari kerja, akhirnya dia telah diterima untuk bekerja di Syarikat Coway yang terletak di Alor Setar. Beliau amat gembira dan tidak sangka hanya dengan kemudahan internet dihujung jari sahaja, beliau dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. Perspektifnya pada penggunaan internet automatik berubah tatkala suatu masa dahulu beliau amat prejudis terhadap perkhidmatan internet dan teknologi ICT. Petugas juga memberikan pendedahan yang penggunaan internet bukanlah sekadar untuk mencari pekerjaan sahaja malah boleh berniaga secara atas talian melalui facebook atau facebook page. Akhirnya selepas perbincangan, beliau setuju untuk petugas memberi tunjuk ajar dalam perniagaan atas talian. Antara kursus dan program yang pernah dihadiri adalah seperti Klik Dengan Bijak, Keusahawanan, Asas Komputer, Latihan Asas Media Baru dan kini sedang belajar tentang facebook ads dalam mempromosikan page miliknya. Dia juga telah mahir dalam menggunakan teknologi what’s app, telegram dan we chat.

Dia agak ketinggalan dalam bidang ICT kerana sewaktu dia berniaga dahulu, hebahan dan pemasaran dalam internet agak terhad. Dia hanya mengenali Mudah.my sahaja, itupun disebabkan untuk melihat harga sesebuah kereta terpakai mengikut harga pasaran semasa. Dia terkilan kerana dia agak lambat sedar dalam hal ini akibat terlalu mementingkan diri dan terlalu konservatif untuk menerima pembaharuan dalam penggunaan teknologi ICT. Kini, dia merupakan ahli yang aktif dimana selalu datang ke PEDi  Pondok Chegar untuk menggunakan perkhidmatan internet, fotostat, print, scanner dan sebagainya. Dia kembali bersemangat dan berjanji akan mengubah nasib keluarganya, kata seorang ayah yang memiliki 4 orang anak ini. Semoga apa yang diusahakan oleh En. Azlan Fariza ini akan membuahkan hasil dalam membina kerjayanya semula.