Tarikh : 26/10/2024 Tempat : Pendang Lake Resort Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang Jumlah : 115 org |
TUJUAN
Tujuan Latihan Keusahawanan Business 101 Memperkasakan Kejayaan Usahawan NADI diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas perniagaan termasuk strategi pemasaran, pengurusan kewangan dan operasi perniagaan yang berkesan.
AKTIVITI
– Membantu usahawan memahami kepentingan pengurusan sumber, perancangan perniagaan, dan penggunaan teknologi dalam memperkasakan perniagaan mereka.
– Memberikan maklumat mengenai trend pasaran, teknik pemasaran digital, serta strategi inovatif untuk memastikan daya saing perniagaan dalam industri yang semakin berkembang.
– Membantu peserta mengenal pasti dan mengatasi cabaran dalam perniagaan, termasuk persaingan pasaran, pengurusan modal, dan penyesuaian terhadap perubahan ekonomi.