Kubur Panjang
Kubur Panjang merupakan salah satu tinggalan sejarah yang masih terdapat di daerah ini. Ia terletak di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Pendang. Kampung ini diberi nama bersempena dengan tinggalan sejarah tersebut iaitu Kampung Kubur Panjang. Ukuran panjang kubur ini akan bertambah dari sehari ke sehari dan kawasan kubur berkenaan telah dijadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam agar kubur berkenaan dapat dipelihara dan dijaga untuk dijadikan satu kawasan tinggalan sejarah di Daerah Pendang khususnya dan Negeri Kedah
Kampung Bukit Jambul
Kampung Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Pendang. Bukit Jambul di beri nama sejak sekian lama dahulu apabila berlakunya perang di Jambu Pattani Thailand yang dahulunya merupakan Kerajaan Kedah Tua, penduduk di Jambu yang rata – ratanya berketurunan Raja Jambu telah lari dari perang antara Kedah dan Siam. Apabila sampai di Bukit Jambul mereka telah tinggal di situ dan menamakan Bukit Jambu kerana di situ mempuyai bukit. Lama – kelamaan Bukit Jambu telah di gelar dengan gelaran Bukit Jambul. Kebanyak penduduk Bukit Jambul sekarang berketurunan Raja Jambu. Terdapat sebuah kubur lama yang boleh dijadikan sejarah kerana menurut penduduk kampung kubur itu merupakan kubur orang kedua sampai di Bukit Jambul.
Perigi Mandi Gajah
Perigi Mandi Gajah terletak di tengah pekan Pendang. Perigi yang sepErti ini yang masih wujud dan dijaga dengan baik. Tempat ini menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang. Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kemarau di mana perigi yang lain berkeadaan kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih yang disalurkan oleh kerajaan.