mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN – Muhammad Shahril Ekhwan Bin Shouib

Nama   :  MOHAMMAD SHAHRIL EKHWAN BIN SHOUIB
Umur    :  25  Tahun
Ahli      :  2017

 Latar belakang

Mohd Shahril Ekwan Bin Shuoib merupakan seorang belia yang biasa dan bersahaja. Oleh kerana minatnya yang mendalam didalam bidang perniagaan sejak kecil lagi bersama keluarga membolehkan beliau membuka perniagaan sendiri. Beliau mempelajari ilmu perniagaan sejak bangku sekolah dengan meniaga di pasar – pasar malam. Apabila meningkat dewasa dengan kemahiran yang dimiliki beliau bertekat untuk membuka kedai sate miliknya sendiri yang bernama Shahril Sate House. Beliau belajar hanya di peringkat sekolah menengah sahaja iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Muazam Shah, Kota Sarang Semut, Pendang Kedah. Walaupun masih muda beliau tetap bertekat dan menyahut cabaran untuk memulakan perniagaan secara kecil – kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengenali PEDi Pondok Chegar, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan kurang memberangsangkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan keusahawanan dan dibimbing yang diberikan oleh Petugas PEDi Kg Pondok Chegar, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan facebook perniagaannya yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari sekitar daerah Pendang dan sekitar Negeri Kedah amnya kerana beliau sudah memiliki 5 cawangan pada masa sekarang. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau daripada melalui facebook dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM6000 – RM7000 sebulan.